Jadilah penderma dan bantu kami membawa sinar harapan kepada pesakit dan keluarga mereka.
Lawatan ke rumah secara berkala oleh kumpulan klinikal kami
Ubat-ubatan dan bekalan perubatan
Sewa peralatan perubatan
Akses kepada perkhidmatan panggilan kecemasan 24 jam
Resit pengecualian cukai dikeluarkan secara automatik untuk sumbangan RM30 dan ke atas.
Untuk sumbangan bawah RM30, sila emel kami di info@hospismalaysia.org jika anda memerlukan resit.
Anda juga boleh menyokong kami dengan menderma peralatan perubatan seperti mesin oksigen, katil hospital, tilam riak, pam picagari, atau barangan asas lain untuk kegunaan pesakit. Kami juga mengalu-alukan sumbangan peralatan pejabat bagi menyokong keperluan pasukan klinikal dan pentadbiran kami.
Untuk mengetahui keperluan peralatan terkini, sila hubungi kami melalui e-mel di pr@hospismalaysia.org atau telefon 03-9133 3936.
Sumbangan legasi memberi peluang untuk anda menyokong penjagaan paliatif dalam jangka masa panjang. Anda boleh memilih untuk mewasiatkan jumlah tertentu, sebahagian daripada harta pusaka anda, atau meninggalkan hadiah istimewa sebagai legasi.
Kami mengesyorkan agar anda berunding dengan penasihat kewangan sebelum membuat sebarang keputusan. Sekiranya anda bercadang untuk meninggalkan legasi kepada Hospis Malaysia dalam wasiat anda, kami amat menghargai jika anda dapat memaklumkan kepada kami supaya perancangan awal dapat dilakukan. Ia akan dikendalikan secara rahsia dan tidak mengikat di sisi undang-undang.