Berkaitan Pesakit
Penjagaan paliatif ialah satu kepakaran dalam bidang kesihatan yang bertujuan membantu pesakit menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan sebaik mungkin walaupun berdepan penyakit serius yang progresif, seperti kanser tahap akhir, kegagalan organ, demensia, Alzheimer, atau Penyakit Neuron Motor. Ia turut mengenal pasti dan merawat gejala fizikal, emosi, rohani, dan sosial.
Anda boleh dirujuk untuk mendapatkan sokongan penjagaan paliatif sebaik sahaja didiagnosis dengan penyakit serius, atau apabila penyakit mencapai tahap tertentu. Sering kali, pesakit akan menerima penjagaan paliatif secara berperingkat (on-off), bergantung kepada perubahan keadaan kesihatan yang mungkin melalui fasa sihat dan kurang sihat.
Sepanjang tempoh ini, kami akan sentiasa berbincang dengan anda dari semasa ke semasa bagi memastikan keperluan penjagaan paliatif anda sentiasa dipenuhi dengan sewajarnya.
Tidak. Penjagaan paliatif bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup anda melalui pengurusan simptom seperti sakit, kegelisahan (anxiety), insomnia, atau sesak nafas.
Selain itu, pasukan penjagaan paliatif turut menyokong anda secara emosi dan rohani, serta bekerjasama dengan keluarga untuk memastikan anda boleh terus menjalani kehidupan seharian sebaik mungkin.
Kadangkala, anda mungkin memerlukan sokongan tambahan untuk memahami keadaan kesihatan, pilihan rawatan, serta cara menghadapi kesan sampingan rawatan perubatan. Bagi kebanyakan pesakit dan keluarga, keutamaan adalah untuk terus menjalani kehidupan harian seperi biasa — dengan rasa sihat, mendapat sokongan yang diperlukan, dan mempunyai lebih kawalan terhadap penjagaan diri mereka.
Tidak. Hospis Malaysia tidak menyediakan perkhidmatan penjagaan di rumah. Jika anda memerlukan bantuan harian, penting untuk mempunyai seorang penjaga yang boleh kami latih untuk memberikan penjagaan asas, termasuk:
Dengan cara ini, pesakit tetap mendapat sokongan yang selamat dan sesuai di rumah.
Tidak. Hospis Malaysia tidak menyediakan perkhidmatan pesakit dalam, maka kami tidak menawarkan penjagaan harian di fasiliti atau tempat tinggal sementara untuk pesakit.
Sebaik sahaja anda berdaftar dengan kami, kami akan menghubungi anda atau penjaga dalam masa dua (2) hari bekerja untuk membincangkan tentang keperluan anda, seterusnya mengatur kunjungan daripada pengamal perubatan paliatif untuk sesi penilaian.
Pihak kami akan bekerjasama rapat dengan anda dan penjaga untuk menentukan bentuk sokongan yang diperlukan di rumah, termasuklah peralatan perubatan yang sesuai. Peralatan ini boleh disewa tanpa sebarang bayaran, bergantung kepada stok yang ada. Semasa sesi penilaian pertama tersebut, kami akan bersama-sama anda merangka pelan penjagaan yang terbaik.
Sekiranya anda masih berada di hospital dan akan discaj tidak lama lagi, sila hubungi kami untuk memaklumkan perkara ini supaya kami dapat mengatur temujanji bagi lawatan pasukan penjagaan paliatif sebaik sahaja anda pulang ke rumah.
Individu yang menghidap penyakit serius seperti kanser, kegagalan jantung, penyakit paru-paru seperti COPD, kegagalan buah pinggang, serta keadaan neurologi tertentu seperti demensia, Alzheimer, Parkinson, Multiple Sclerosis (MS), Penyakit Neuron Motor (Motor Neurone Disease – MND), dan HIV/AIDS.
Kami memerlukan rujukan daripada doktor yang merawat anda. Borang rujukan boleh didapati di laman web kami DI SINI.
Lawatan ke rumah hanya dapat disediakan untuk pesakit yang tinggal dalam kawasan liputan kami di Lembah Klang. Oleh itu, sila hubungi kami terlebih dahulu untuk semakan.
Sekiranya anda tinggal di luar kawasan liputan tersebut, kami turut menawarkan perkhidmatan konsultasi pesakit luar di pusat kami di Cheras.
Rujukan doktor membantu kami memahami keadaan anda dengan lebih menyeluruh, termasuk rawatan dan pemeriksaan terkini yang telah dijalani. Dengan maklumat ini, kami dapat memberikan sokongan yang lebih sesuai serta membantu menguruskan simptom anda dengan lebih baik.
Pengamal penjagaan paliatif akan menilai jenis dan tahap kesakitan yang anda alami. Dengan nasihat doktor kami, ubat yang sesuai akan disyorkan untuk membantu mengawal kesakitan tersebut. Dalam sesetengah situasi, ubat opioid seperti morfin mungkin digunakan untuk menguruskan kesakitan fizikal. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai ubat ini, sila berbincang dengan pengamal penjagaan paliatif anda.
Pasukan kami juga akan menilai cara terbaik untuk memberikan ubat, sama ada secara oral atau melalui kaedah alternatif seperti suntikan subkutan, bergantung pada keadaan anda.
Sekiranya pesakit terlantar di katil, pengamal penjagaan paliatif akan menasihati posisi yang sesuai bagi mengurangkan risiko ulser tekanan (bedsore), yang juga boleh menjadi punca kesakitan.
Kadangkala, pesakit mungkin mengalami isu emosi atau psikologi. Dalam keadaan ini, pengamal penjagaan paliatif kami boleh memberikan sokongan dan kaunseling yang bersesuaian.
Ya. Pesakit yang berdaftar dengan kami mempunyai akses kepada perkhidmatan panggilan kecemasan 24 jam. Nombor kecemasan akan diberikan semasa lawatan pertama, dan kami mengesyorkan agar penjaga atau ahli keluarga utama menyimpannya di tempat yang mudah dicapai supaya mereka lebih tenang sekiranya berlaku kecemasan.
Sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan ini hanya ditawarkan kepada pesakit berdaftar Hospis Malaysia.
Ya. Pengamal penjagaan paliatif kami akan bekerjasama dengan pesakit dan penjaga untuk mengenal pasti peralatan yang diperlukan berdasarkan keadaan dan keperluan semasa.
Peralatan perubatan seperti katil hospital, tilam riak, kerusi tandas di sisi katil, nebuliser, kerusi roda, tangki oksigen, dan mesin oksigen disediakan secara percuma bagi menyokong keperluan pesakit, tertakluk kepada ketersediaan.
Jika anda memerlukan bantuan untuk berkomunikasi dalam bahasa lain, kami akan cuba mengaturkan penterjemah supaya anda dan keluarga berasa lebih selesa semasa sesi konsultasi.
Hospis Malaysia tidak menyediakan bantuan kewangan secara langsung. Jika anda memerlukan sokongan kewangan, kami boleh mencadangkan organisasi atau pihak lain yang mungkin dapat membantu.
Ya. Kami juga menyediakan penjagaan paliatif untuk kanak-kanak. Pasukan kami dilatih untuk menilai kesan penyakit terhadap kanak-kanak serta ahli keluarga lain. Kami akan bekerjasama dengan keluarga untuk memberikan sokongan yang bertepatan.
Sebagai penyedia penjagaan paliatif, kami memahami bahawa keluarga pesakit sering turut terjejas secara tidak langsung. Walaupun tumpuan utama adalah kepada pesakit, keluarga memainkan peranan penting dalam proses penjagaan.
Kami berada di sisi keluarga untuk:
Hospis Malaysia hanya mempunyai satu pusat di Cheras, yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit di kawasan Lembah Klang.
Jika anda memerlukan penjagaan paliatif di luar kawasan liputan kami, anda boleh menyemak hospis lain di https://www.malaysianhospicecouncil.com/ atau hubungi hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi anda.
Hospis Malaysia komited untuk menyediakan penjagaan berkualiti terbaik kepada pesakit dan keluarga. Maklum balas anda amat penting bagi membantu kami terus menambah baik perkhidmatan kami.
Sekiranya anda mempunyai aduan, kebimbangan, atau sebarang pertanyaan tentang perkhidmatan kami, anda boleh:
Lain-lain
Ya. Semua sumbangan tunai layak untuk potongan cukai. Bagi membolehkan kami mengeluarkan resit pengecualian cukai, kami memerlukan maklumat berikut:
Ya. Kami amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk barangan, termasuk ubat-ubatan, bekalan dan peralatan perubatan untuk kegunaan pesakit, serta peralatan pejabat seperti desktop, komputer riba, dan pencetak.
Bagi mendapatkan senarai keperluan semasa, sila hubungi kami di pr@hospismalaysia.org
Ya. Kami amat mengalu-alukan sumbangan peralatan atau bekalan perubatan terpilih yang masih dalam keadaan baik. Untuk memudahkan semakan, sila e-melkan gambar barangan tersebut bersama butiran untuk menghubungi anda ke pr@hospismalaysia.org.
Sebagai organisasi kebajikan, kami menghargai bantuan anda untuk menanggung kos penghantaran, dan kami boleh mencadangkan beberapa perkhidmatan pengangkutan jika diperlukan.
Harap maklum bahawa kami tidak dapat menerima ubat-ubatan yang tidak digunakan.
Ya. Kami sentiasa mengalu-alukan sukarelawan untuk menyokong kerja kami dalam dua bidang utama:
Sekiranya anda berminat untuk menjadi sukarelawan bersama kami, sila hubungi kami di pr@hospismalaysia.org.
Mahalinggam A/L Karpayah, 76 – Progressive Supranuclear Palsy (PSP) & Chronic Myeloid Leukaemia
“My husband was first diagnosed with Parkinson’s, but when his condition worsened, we were referred to Hospis Malaysia (HM).”
After retiring in January 2023, Jeyanthi enjoyed a holiday in Bali with her husband. Soon after, he contracted brain meningitis and everything changed. He became bedridden, unable to walk or speak, requiring full-time care. By April 2024, they finally received the correct diagnosis: progressive supranuclear palsy (PSP), an irreversible condition.
“I went through denial, anger, and desperation. I spent so much trying to cure him, not realising I needed to focus on comfort instead.”
HM became her pillar of strength. In one pivotal conversation, Dr. Punitha helped Jeyanthi accept the reality of PSP and shift her focus from cure to quality of life. The team — including nurse Bazilah and rehabilitation therapists — taught her how to care for her husband gently and confidently, from safe exercises to communication through simple hand pressure and blinking. They also provided essential equipment to improve his comfort at home.
A year into HM’s care, her husband regained some mobility and could walk short distances with support.
“Palliative care isn’t just for patients — it’s for caregivers too. HM helped me care for my husband with dignity, but they also helped me care for myself.”
Today, Jeyanthi focuses on ensuring her husband’s days are filled with comfort, connection and love. “Without HM, I would have been lost. They gave us strength, knowledge and peace during the hardest time of our lives.”
Gilbert, 3 – Atypical Teratoid/Rhabdoid Tumour (ATRT)
Gilbert was diagnosed with Atypical Teratoid/Rhabdoid Tumour (ATRT), a rare and aggressive brain cancer, in April 2024 at nine months old. Having previously experienced Hospis Malaysia’s (HM) support during a family member’s end-of-life journey, his parents knew they needed the right guidance for the road ahead.
Gilbert underwent multiple surgeries, including the insertion of a ventriculoperitoneal (VP) shunt. While his hospital treatment was intensive, HM became the crucial link between hospital care and home recovery.
“HM became our gap filler,” the family said. “When hospital appointments were hard to secure, they were there to guide us.”
HM worked alongside hospital specialists and an external physiotherapist to support Gilbert’s rehabilitation. Their physiotherapist guided the family through structured daily exercises and recorded them to ensure therapy could continue consistently at home. Led by Dr. Wai Fong, the HM team also provided caregiver training, timely medical advice and recommendations for home modifications.
Today, Gilbert is cancer-free. The focus has shifted to rebuilding his strength and supporting his developmental milestones — learning to crawl, stand and walk independently.
“Looking back, there have been so many special moments with HM — seeing Gilbert kneel again, stand for a few extra seconds, and regain his strength. HM’s care goes far beyond medical support — they empower families, boost confidence, and make every milestone possible. Early palliative care can transform a recovery journey and for us, HM made all the difference.”
Gilbert’s story is a reminder that palliative care is not only about end-of-life — it can also be a vital source of support in recovery, rehabilitation and helping families move forward with confidence and hope.
Lung cancer
Liew Yen was diagnosed with lung cancer at the age of 82 and was referred to Hospis Malaysia (HM) by her doctors.
“At first, I felt nervous. But over time, it felt like friends coming to visit.”
Through regular visits, the HM team — including Su Jiun and Sang Sang — guided her with gentle, personalised physiotherapy. They taught her how to sit properly, stand safely, transfer to her wheelchair, and walk with a frame.
“With their exercises and encouragement, I slowly regained my independence. I can now go to the washroom and join family gatherings again.”
HM tailored every session to her abilities, never pushing beyond her limits. Beyond physical care, they also trained her husband and children on how to care for her safely at home, giving the whole family confidence and reassurance.
“Their care is professional, compassionate, and truly dedicated. We are deeply grateful.”
For Liew Yen, HM’s support has restored not only mobility, but also dignity, comfort and peace of mind for her family.
Heart failure
Michael was diagnosed in June 2021, shortly after undergoing bypass surgery. Just three weeks after being discharged, he suffered two heart attacks during the height of the pandemic.
“When I reached the hospital, I told my son, ‘I don’t think I’m going to make it.’”
His son replied, “I’m going to give you strength — your daughter-in-law is pregnant.”
That hope carried him through. His grandson was born the following year.
After discharge, Michael was referred to Hospis Malaysia (HM). “When I first heard ‘hospice,’ I thought it meant the end,” he admits. “But they gave me a different perspective. They helped me live.”
HM supported him beyond symptom control — reviewing his medications, adjusting pain management, and guiding him through the safe use of morphine. “When pain is controlled, frustration goes away. Sometimes it’s not anger — it’s the pain talking.”
The team also became a bridge between Michael and his family. “When I can’t explain things to my wife or children, HM helps them understand. They listen. They respond. I feel heard.”
Once an active man who loved gardening and working, Michael now has to pace himself carefully. With HM’s guidance, he has learned to manage his limits while maintaining dignity and independence.
“After hospital discharge, those first few months are critical. Without proper follow-up, patients can deteriorate quickly. With HM, I never felt abandoned. Their presence itself is therapeutic.”
Today, Michael finds strength in family, especially his young grandson. “They didn’t just manage my illness,” he says. “They gave me hope.”
Kanser Ovari Tahap 4
Norlina pertama kali didiagnosis dengan kanser ovari tahap 2C pada tahun 2009 ketika berusia 35 tahun. Sejak itu, beliau telah melalui beberapa pembedahan besar termasuk histerektomi pada tahun 2019.
Semasa dirawat di hospital, seorang pesakit lain memperkenalkan beliau kepada Hospis Malaysia (HM). Tidak lama selepas discaj, jururawat HM mula datang melawat ke rumah — dan sehingga kini masih setia bersamanya.
“Pada awalnya saya tak faham apa itu penjagaan paliatif. Tapi bila jururawat HM terangkan satu persatu, saya rasa sangat lega dan lebih tenang.”
Ketika pulang ke rumah, Norlina masih lemah dan bergantung kepada peralatan perubatan. Beliau juga takut untuk mengambil morfin. Namun dengan penerangan yang jelas dan jujur daripada jururawat HM, beliau akhirnya berani mencuba.
“Saya takut morfin. Tapi bila difahamkan tentang kebaikan dan risikonya, saya yakin untuk teruskan rawatan.”
Selain sokongan perubatan, HM turut menjadi kekuatan emosi buat Norlina, terutamanya ketika menjalani kemoterapi pada tahun 2023 yang menyebabkan beliau hilang rambut, hilang selera makan dan berasa sangat tertekan.
Dahulu aktif dalam sukan dan aktiviti luar, kini Norlina menggunakan kerusi roda akibat masalah tulang belakang. Walaupun pergerakannya terhad, beliau belajar untuk menerima bantuan dan menyesuaikan diri dengan keadaan baharu.
“Ramai terkejut bila tahu jururawat datang ke rumah secara percuma. Mereka tak tahu penjagaan paliatif komuniti wujud dan sangat membantu pesakit yang sudah tak larat ke hospital.”
Sejak menerima sokongan berterusan daripada HM, Norlina tidak lagi perlu ke unit kecemasan hampir dua tahun.
“Saya sangat bersyukur dengan kehadiran Hospis Malaysia dalam hidup saya. Mereka beri saya ketenangan, rasa selamat dan kekuatan untuk teruskan hidup.”
Colorectal Cancer
Madam Soo was diagnosed with colorectal cancer in 2019, just before the COVID-19 pandemic. After surgery and months of adjusting to life with a stoma bag, she chose not to pursue chemotherapy despite a guarded prognosis. When the cancer relapsed in 2023 and spread to her lung, she went through multiple rounds of treatment, but the side effects were overwhelming.
That was when her daughter reached out to Hospis Malaysia (HM).
“At first, the word ‘hospice’ frightened me,” Madam Soo shares. “It felt like the end.” But meeting Nurse Mastura and Dr. Hashima changed everything. “They weren’t there to give up on me. They were there to help me live well.”
Through home visits, symptom management, emotional support and honest conversations, the team helped Madam Soo and her daughter prepare for what lay ahead — with clarity, comfort and dignity. From managing pain with morphine to being just one phone call away during emergencies, Hospis Malaysia became their pillar of strength.
Today, Madam Soo finds joy in simple things — ice cream, time with her grandchildren, conversations without fear. A proud Baba Nyonya who loves sewing and cooking, she treasures the photobook created with her family and the closeness they’ve gained through this journey.
“With HM, we found quality of life in this limited time,” she says. “More humane, more personal, more peaceful.”
Her advice: Don’t wait. Love deeply. Do what matters.