Fokus Kami

Pendidikan dan Latihan

Kami menyediakan pendidikan praktikal dan berpandukan bukti dalam penjagaan paliatif untuk pelajar prasiswazah, pascasiswazah dan pengamal penjagaan kesihatan.

Kami juga menawarkan sangkutan klinikal (clinical attachment), peluang latihan di peringkat antarabangsa, serta sokongan audit dan penyelidikan. Penyelidikan kami tertumpu kepada peningkatan kualiti penjagaan dengan menilai hasil dan memahami keperluan pesakit, keluarga, serta penjaga.

Ahli kanan pasukan klinikal kami turut mengajar di sekolah-sekolah perubatan terkemuka dan disokong melalui sangkutan klinikal (clinical attachment). Kebanyakan pelatih pakar penjagaan paliatif menamatkan latihan komuniti mereka menerusi penempatan selama enam bulan bersama kami. Selain itu, kami juga menyokong Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memperkasa ekosistem penjagaan paliatif negara.

Setiap tahun, kami menganjurkan bengkel dan webinar yang merangkumi pelbagai aspek penjagaan paliatif, dengan kerjasama Asia Pacific Hospice and Palliative Care Network (APHN). Sebagai salah satu organisasi penjagaan paliatif terkemuka di negara ini, kami sentiasa komited untuk memperkukuh perkongsian ilmu serta mempertingkatkan keupayaan latihan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami turut bekerjasama dengan Universiti Malaya bagi menganjurkan simposium berkaitan penjagaan paliatif pediatrik. Program-program ini telah menarik penyertaan para profesional penjagaan kesihatan dari dalam dan luar negara.

Melalui pendidikan, latihan, dan penyelidikan, kami membina pengamal penjagaan paliatif yang bukan sahaja berkebolehan, tetapi juga menitikberatkan belas kasihan dalam penjagaan.

Image gallery marquee
Image gallery marquee
Image gallery marquee
Image gallery marquee
Image gallery marquee
Image gallery marquee
Image gallery marquee
Image gallery marquee
Image gallery marquee
Image gallery marquee
Image gallery marquee
Image gallery marquee
Image gallery marquee
Image gallery marquee