Mengenai Kami

Ahli Majlis

Diketuai oleh Pengerusi, Majlis ini berperanan sebagai pemegang amanah kepada dana yang diterima daripada orang ramai dan sektor korporat. Majlis menetapkan dasar serta strategi jangka panjang bagi Hospis Malaysia, di samping memastikan organisasi sentiasa mematuhi amalan tadbir urus yang baik.

Majlis bermesyuarat secara berkala untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan serta hal ehwal dasar pentadbiran.

Dato’ Kathleen Chew Wai Lin

Pengerusi

Dato’ Kathleen Chew merupakan Penasihat Undang-undang Kumpulan YTL Corporation Berhad.

Baca lebih lanjut

En. Irvin Menezes

Bendahari

En Irvin Menezes merupakan Rakan Kongsi di PricewaterhouseCoopers dengan lebih 25 tahun pengalaman sebagai penasihat jaminan dan perniagaan.

Baca lebih lanjut

Pn. Lim Wai Yee

Setiausaha

Wai Yee mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam pembinaan jenama, komunikasi pemasaran bersepadu dan pengurusan perhubungan pelanggan. Beliau kini mengendalikan agensi kreatif butiknya sendiri, Smalltimer Sdn Bhd.

Baca lebih lanjut

Professor Dr Khoo Ee Ming

Ahli Majlis

Profesor Dr Ee Ming Khoo merupakan Profesor Kehormat di Jabatan Perubatan Penjagaan Primer, Universiti Malaya dan merupakan Felo Academy of Family Physicians Malaysia dan Academy of Medicine Malaysia.

Baca lebih lanjut

Ehon Chan Yee Hon

Ahli Majlis

Ehon merupakan Rakan Kongsi di Retrospective Discovery LLP, sebuah syarikat perunding berdedikasi untuk memupuk inovasi dan produktiviti dalam organisasi. Beliau mengetuai pembangunan Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia dan Strategi Ekonomi Digital Sarawak.

Baca lebih lanjut